Badik

Mata dan sarung badik.

Badik atau badek merupakan senjata bilah yang bermula dari Sulawesi, Indonesia yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.

Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris dan Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.[1]

Rupa bentuk

Bentuknya menyerupai tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran - matanya lebih panjang di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tegak dan tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya hulunya membongkok ke bawah.[2]

Secara umum badik terdiri atas tiga bahagian, iaitu hulu (gagang), bilah (besi), serta warangka atau sarung pelengkap badik. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. [3]

Cara memegang

Badik dipegang seperti memegang senjata api atau pistol dengan satu tangan dengan keempat-empat jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng di bahagian depan pegangannya dan ibu jari di bahagian belakang pegangannya menyentuh jari telunjuk dan jari tengah.

Dalam kepercayaan masyarakat

Masyarakat Bugis percaya bahawa badik selain berbagai fungsi dan kegunaan yang tidak terbatas hanya sebagai senjata tajam mempunyai nilai dan makna tertentu. Badik khususnya memiliki tiga fungsi dalam kehidupan masyarakat iaitu:[4]

  • Fungsi badik dalam keluarga
  • Fungsi badik dalam kegiatan ekonomi
  • Fungsi badik sebagai pembela diri

Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti atau ghaib yang dapat memengaruhi kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahawa badik juga mampu menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi yang menyimpannya.

Sejak ratusan tahun silam, badik digunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu tetapi juga sebagai identiti diri dari suatu kelompok etnik atau kebudayaan. Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar sahaja, tetapi juga terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk berbeza. Di samping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat memengaruhi kehidupan pemiliknya.

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Shamshul Azree Samshir (27 Disember 2008). "Misteri dan kesaktian". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-09. Dicapai pada 2009-01-02.
  2. ^ Pencak Silat : Senjata pahlawan Melayu[pautan mati kekal]
  3. ^ [1]
  4. ^ Diambil dari informasi di Museum La Galigo Makssar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.