Badai

After a Gale – Wreckers (Selepas Badai) oleh James Hamilton
Bendera amaran Badai

Badai (Bahasa Inggeris: gale) ialah angin kencang, biasanya digunakan sebagai penerangan dalam konteks bahari atau laut. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS menakrifkan badai sebagai angin permukaan selaju 34-47 knot ( 63–87 km/j, 17.5–24.2 m/s atau 39–54 batu/jam ) yang berterusan.[1] Peramal biasanya mengeluarkan amaran badai ketika angin kekuatan ini dijangkakan. Di Amerika Syarikat, amaran badai secara khusus adalah amaran maritim; setaraf dengan yang di darat bagi amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan untuk nasihat angin.

Sumber lain menggunakan had kelajuan minima serendah 28 knot (52 km/j; 14 m/s; 32 mph) , dan maksima setinggi 90 knot (170 km/j; 46 m/s; 100 mph). Sepanjang tahun 1986, Pusat Hurikan Kebangsaan AS menggunakan istilah gale untuk merujuk kepada angin berkekuatan tropika untuk kawasan pesisir, antara 33 knot (61 km/j; 17 m/s; 38 mph) dan 63 knot (117 km/j; 72 mph; 32 m/s). Takrian untuk 90 knot (170 km/j; 46 m/s; 100 mph) sangat tidak standard. Takrian alternatif umum untuk maksimum ialah 55 knot (102 km/j; 63 mph; 28 m/s).[2]

Kaedah pengukuran kekuatan angin yang paling biasa adalah dengan skala Beaufort[3] yang mentakrifkan badai sebagai angin dari 50 kilometer per jam (14 m/s) hingga 102 kilometer per jam (28 m/s). Ini adalah ukuran empirik untuk menggambarkan kelajuan angin berdasarkan terutamanya pada keadaan laut yang diperhatikan. Pada skala kekuatan angin Beaufort 1810 yang asal, terdapat empat sebutan "badai" yang berbeza sedangkan pada amnya hari ini terdapat dua kekuatan badai, 8 dan 9, dan hampir 7:

Kekuatan angin Nama asal Nama semasa km/j m/s b/j knot Knot

purata

Keadaan laut
7 Badai sederhana Hampir badai 50–61 14–17 32–38 28–33 30 Kasar – Sangat kasar
8 Badai segar Badai 62–74 17–20 39–46 34–40 37 Sangat kasar – Tinggi
9 Badai kuat Badai teruk 75–88 21–24 47–54 41–47 44 Tinggi
10 Badai keseluruhan Ribut 89–102 25–28 55–63 48–55 52 Sangat tinggi

Rujukan

  1. ^ National Weather Service Glossary, s.v. "gale".
  2. ^ Glossary of Meteorological Terms, NovaLynx Corporation.
  3. ^ "Beaufort wind force scale". Met Officewebsite.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.