Bad Cop
| Bad Cop: One Man, Two Lives | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Bad Cop terbitan Talpa Germany TV |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | |
| Bilangan episod | 8 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 50 minit |
Syarikat penerbitan |
|
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Citra Astro Ria |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital Plus |
| Siaran asal | 19 Disember 2025 – 6 Februari 2026 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Generasi: Perfect 10 |
| Diikuti oleh | Good Boys Go To Heaven |
Bad Cop: One Man, Two Lives ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan bersama Jason Chong dan Kavivarmen Vigneswaran dengan skrip oleh Kavivarmen Vigneswaran, Hadi M. Nor, Mira Mustaffa, Zuli Ismail dan Lingges Baskaran.[1] Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Siti Saleha bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, ia diadaptasi dari siri drama TV Jerman 2017 bertajuk sama terbitan Talpa Germany TV. Siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 19 Disember 2025 menggantikan Generasi: Perfect 10.
Sinopsis
Mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah yang menjadi buruan mafia dadah, Tony Redza. Pada malam serbuan dadah, Emir bertembung secara tidak sengaja dengan kembarnya yang telah lama terpisah, Imar seorang inspektor polis. Pertemuan penuh kejutan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Imar ditembak ketika pergelutan dengan ketua pengedar dadah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Imar menyerahkan kad kuasanya kepada Emir dan meminta Emir menunaikan satu janji: lindungi keluarganya.
Dalam usaha melarikan diri dan menunaikan janji tersebut, Emir terpaksa mengambil alih identiti abangnya sebagai seorang polis. Namun, dia segera menyedari bahawa kehidupan Imar tidak semudah yang disangka berdepan keluarga yang porak-peranda dan perkahwinan yang di ambang kehancuran, lebih mencabar apabila isterinya sendiri, Hana, merupakan Ketua Polis yang lantang dan berdisiplin.
Setiap episod Bad Cop mengetengahkan satu kes baharu yang mencabar, menguji keberanian Emir yang terpaksa berpura-pura sebagai pegawai polis sambil mengelak kecurigaan daripada rakan setugas. Dalam tekanan yang semakin memuncak, Emir bukan sahaja belajar memahami dunia yang selama ini cuba dielakkannya, malah menemui potensi sebenar dalam dirinya sebagai anggota polis dan sebagai seorang insan yang lebih baik.
Pelakon
Pelakon utama
- Aiman Hakim Ridza sebagai Emir Khalid/Imar Khalid
- Siti Saleha sebagai Hana Fuad
- Harvinth Skin sebagai Abhi Selvam
- Razib Salimin sebagai Khalid
- Tony Eusoff sebagai Tony Redza
- Whulandary Herman sebagai Ivy
- Melissa Campbell sebagai Jia Vern
- Alvin Wong sebagai Dr. Stanley
- Nur Syafwah sebagai Maya
- Puteri Rayyana Rayqa sebagai Ellie
- Jayram Sai sebagai Karnan
- Zack Azalizan sebagai Badrul
- James Teoh sebagai Sam Chia
- Lim Shih Nian sebagai Vincent
- Armel Uwais sebagai Emir (muda)
- Areez Umar sebagai Imar (muda)
- Cahaya Jais sebagai Isteri Khalid
- Marsha Biddulph sebagai Dayang
- Syafiq Putra sebagai Danial
- Jebat Benjamin sebagai Rafi
Penerbitan
Siaran
Rujukan
- ^ "Drama Bad Cop (Astro Originals)". My Infotaip. 21 Disember 2025. Dicapai pada 2 Februari 2026.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.