BUGRIGHT
| BUGRIGHT | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 21 Februari 2007 | |||
| Genre | J-pop, J-rock | |||
| Bahasa | Bahasa Jepun | |||
| Kronologi UVERworld | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
BUGRIGHT ialah sebuah album Jepun daripada kumpulan J-pop, J-rock, UVERworld.
Sejarah

UVERworld telah melahirkan album kedua mereka yang pada asalnya dirancang untuk dipasarkan pada 17 Januari 2007 tetapi ditunda ke 21 Februari 2007 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Edisi terhad album ini disertakan dengan DVD yang mengandungi tiga video klip, Colors of the Heart, SHAMROCK dan Kimi no Suki na Uta. Dokumentari pembuatan album ini yang dinamakan The Road To BUGRIGHT ~documentary film~ turut diselitkan bersama.
Pada 15 Februari 2007 iaitu lebih kurang seminggu sebelum BUGRIGHT dipasarkan, video klip Zero no Kotae (ゼロの答) telah ditayangkan di televisyen di Jepun. Video klip itu telah dibuat dalam keadaan terburu-buru tetapi hasilnya amat disukai peminat. Ahli-ahli UVERworld juga menampilkan diri mereka yang baru dan ini boleh dilihat dengan ketara pada vokalis kumpulan tersebut, TAKUYA∞ yang telah memotong pendek rambutnya dan hal ini menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat-peminat mereka.
BUGRIGHT telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Carta Album Oricon pada hari pertama jualan album tersebut dan melonjak ke tempat pertama pada hari kedua. Ini merupakan kali pertama UVERworld menduduki tempat pertama dalam carta tersebut sehinggakan TAKUYA∞ menangis kegembiraan apabila mendengar berita tersebut.
Senarai lagu
| No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | "Zero no Kotae (ゼロの答, Jawapan Sifar)" (Lagu Imej untuk komersial PlayStation 2 permainan Koei ini, Warriors Orochi.) | Takuya∞ | Akira | 4:07 | |
| 2. | "Shamrock" (Lagu tema bagi drama siri Fuji TV, Dandori dan juga lagu komersial untuk music.jp.) | Takuya∞ | Takuya∞ | 4:08 | |
| 3. | "Home Binetsu 39℃ (Home 微熱39℃, Demam rumah sedikit 39℃)" | Takuya∞, Alice ice | Uverworld | 4:38 | |
| 4. | "~Nagare・Kūkyo・This Word~ (~流れ・空虚・This Word~, Aliran, kekosongan, perkataan ini)" (Sebuah lagu penghormatan untuk Death Note.) | Takuya∞ | Takuya∞ | 4:40 | |
| 5. | "Colors of the Heart" (Tema pembukaan ke-3 untuk Blood+.) | Takuya∞, Alice ice | Takuya∞, Akira | 3:52 | |
| 6. | "Live Everyday As If It Were the Last Day" | Takuya∞ | Takuya∞ | 3:23 | |
| 7. | "Sharuman no Ura (シャルマンノウラ)" | Takuya∞ | Takuya∞ | 4:24 | |
| 8. | "Hitori Janai Kara (一人じゃないから, Kerana tidak bersendirian)" | Takuya∞ | Takuya∞ | 4:08 | |
| 9. | "Kimi no Suki na Uta (君の好きなうた, Lagu kegemaran anda)" | Takuya∞, Alice ice | Takuya∞, Akira | 4:17 | |
| 10. | "51%" | Takuya∞ | Takuya∞ | 3:42 | |
| 11. | "Lifesize" | Takuya∞ | Takuya∞, Akira | 4:13 | |
| 12. | "Empty96" | Takuya∞ | Takuya∞ | 3:33 | |
| 13. | "Discord" | Takuya∞ | Takuya∞ | 4:23 | |
| 14. | "Kimi no Suki na Uta (君の好きなうた) - Acoustic Version" | Takuya∞ | Takuya∞ | 5:02 | |
Jumlah jualan
- 140,815 unit
Rujukan
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
