Azrel Ismail
Azrel Ismail | |
|---|---|
عزريل اسماعيل | |
| Kelahiran | Azrel bin Ismail 16 Januari 1984 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Kolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney[1] |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 5 ft 7 in (1.7 m) |
| Ibu | Mat Som |
| Bapa | Ismail bin Shafie |
| Keluarga | Najib bin Ismail (abang) |
Azrel Ismail (lahir 16 Januari 1984) ialah seorang pelakon, pengacara dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009. Selain itu wajahnya juga seiras dengan pelakon terkenal, Remy Ishak.[2][3]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 di Taiping, Perak kepada pasangan Ismail bin Shafie dan Mat Som. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Najib Ismail. Beliau merupakan pelajar di Kolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney di Sydney, Australia.[4]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.
Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, "Dendam" yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3,
Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Adi Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad.[5]
Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.
Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[6]
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2016 | Artis Baharu MeleTOP | — | Tercalon | |
| 2017 | Aktor Pilihan | Menantu Ting Tong | Tercalon | |
| Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) | Tercalon | |||
| 2018 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon |
Rujukan
- ^ Tinta Di Jemariku (30 September 2015). Biodata Azrel Ismail Diarkibkan 2017-02-28 di Wayback Machine 28 Februari 2017.
- ^ Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan Astro Awani (30 Julai 2018). Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Januari 2018). Terima tawaran ikut kemampuan Harian Metro. Diperoleh pada 13 Ogos 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2018). Saya pelakon tak ada kontroversi: Azrel Ismail Berita Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani. Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 October 2016.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.