Azlan Komeng

Azlan Komeng
Kelahiran
Muhammad Azlan bin Kamiran

(1976-07-01) 1 Julai 1976 (umur 50)
PendidikanDiploma Seni Halus
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
PekerjaanPelakon, Pelagak Ngeri, Koreografer Aksi, Artis Seni Bela Diri
Tahun aktif1994–kini
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
PasanganNur Nilam Ortiz (k. 2022; c. 2026)

Muhammad Azlan Kamiran (lahir 1 Julai 1976) ialah seorang pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi lelaki Malaysia. Beliau mendapat nama pentas Azlan Komeng daripada watak Komeng lakonan Allahyarham Idris Hashim dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak memegang watak pembantu dalam beberapa filem dan drama tempatan. Biarpun tidak pernah diberikan watak utama, beliau tetap menjadi rebutan pengarah dan penerbit.

Kerjaya

Azlan memulakan kerjaya di industri seni pada tahun 1994 sebagai pelagak ngeri untuk drama-drama sekitar tahun 90an selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan lakonannya bermula pada tahun 2006, setelah pengarah Ahmad Idham memberikan peluang kepadanya untuk beraksi dalam filem Remp-It. Dalam filem itu, dia memegang watak sebagai Komeng, namanya sendiri. Pada tahun 2009, Rosyam Nor menawarkannya untuk membintangi dua drama iaitu, Dinasti Bilut dan Rahsia Hati.

Komeng memegang watak sebagai Lokman dalam filem Langgar arahan sulung Sein Qudsi lakonan bersama Adi Putra, Namron, Zul Huzaimy dan Hans Isaac yang ditayangkan pada April 2013.[1] Beliau seterusnya membintangi filem Lari arahan Idham lakonan Aaron Aziz.[2][3]

Beliau kemudiannya diberikan watak utama dalam filem 1 Lawan Satu arahan Pierre Andre lakonan bersama Mikail Andre dan Along Eyzendy. Ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang mana beliau menjayakan peranan utama.[4]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pelagak Ngeri
2000 Leftenan Adnan Tidak Ya Filem pertama
2001 Gerak Khas The Movie Ya Tidak Penjahat V Pelakon tambahan, tidak dikreditkan
2004 Puteri Gunung Ledang Tidak Ya
2005 GK3 The Movie Tidak Ya
2006 Tipah Tertipu The Movie Ya Tidak Jet Li
Remp-It Ya Tidak Komeng
2007 Impak Maksima Ya Tidak Abang Long
2011 Senjakala Ya Tidak Kamal
Senario The Movie Ops Pocot Ya Ya Konco Johnny Sebagai koreografer aksi
Hikayat Merong Mahawangsa Tidak Ya
Kongsi Ya Ya Rahim
Hantu Bonceng Ya Tidak Dani
Misteri Jalan Lama Tidak Ya Juga sebagai pengarah aksi
2012 8 Jam Ya Tidak Ketua Samseng
2013 Wawa Semput Ya Tidak Samseng Tidak dikreditkan
Pada Suatu Cinta Dahulu Ya Tidak Cikgu Ahmad
Dua Kalimah Ya Tidak Kasyaf
Langgar Ya Tidak Lokman
99 Kali Rindu Ya Tidak Encik Zainul
Lari Ya Tidak Malik
1 Lawan Satu Ya Tidak Saleh
Bencinta Ya Tidak Aduka Iraja
Cinderella Ya Tidak Zamil
2015 Abang Lejen Ya Tidak Malik
2019 Geran Ya Tidak Kahar
Anak Perjanjian Syaitan Ya Tidak Ustaz Aznan
2022 Jeritan Jin Ya Tidak Malik
Zaara Ya Tidak Pablo
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Ya Tidak Pak Tam Penampilan khas
Sumpahan Syaitan Ya Tidak Inspektor Jo
Pagari Bulan Ya Tidak Masri
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ya Tidak Ustaz Aznan
Rebel Ya Tidak Pian
Saka Perawan Ya Tidak Paranormal Rakyat Malaysia Penampilan khas
2025 Sahak Gangster Ya Tidak Geng Pak Man
TBA The Original Gangster Ya Tidak Pos-produksi
Tuah Jebat Ya Tidak Tuah Dalam produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 CID 3278 Jack TV9 Drama pertama
2007 Susuk (musim 2) Inspektor Rizal TV3
Dinasti Bilut TV1
2008 KL Menjerit The Series Astro Ria
Impak Maksima the Series Zul TV3
2009 Dinasti Bilut TV1
Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Aduhai Salina"
Rahsia Hati Astro Prima
E-Toyol.com TV3
Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Abang Ahmad Hj. Abu Bakar (Mat Ribo) Astro Citra Mini series
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Along"
Beret Hijau Truper Nayan TV1
2013 Beret Hijau 2 L/Kpl Nayan
2016 Kerambit TV2 Episod 8
2017 Gerak Khas (Musim 17) Episod: "Buruan"
Puaka Bujang Senang TVi
2018 Pujaan Hati Kanda Megat Danial TV3
2020 Isteri Misteri Viu Sebagai penyelaras aksi
Kampong Pisang Bersiri-siri Rashid Astro Citra Episod: "Wolfen! Wolfen!"
2021 i-Tanggang IO Harry
2022 Gerak Khas Undercover (Musim 2) Parol TV3 Episod: "Man Rimau"
Kids Nowadays Aziz Astro Ria
Luka Di Hati Diya Sabree TV1
2023 I Love You, Stupid Sarjan Hasan Viu
2024 Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Inspektor Rashid Astro Ria
2026 Dorm 403 Pegawai Penyiasat TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Tangisan Langsuir Salleh Astro Prima
2012 Patah Seribu Astro Ria
2017 Kasih Seorang Ayah Wahab TV3
2018 Telingkah Indera Sri TV2
2018 Tok Siah: Bidan Bukan Dola Masri Astro Citra
Cucuk Sanggul Seroja Pak Cik Seroja

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Betul ke Bohong Sayang? Kumpulan Pasangan Astro Warna Episod 11 (Suku Akhir)

Rujukan

  1. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
  2. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (17 Mei 2013). Lari padat aksi Sinar Harian. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
  3. ^ Kemalia Othman (7 Jun 2013). 'Lari' Penuh Aksi Pertarungan Diarkibkan 2017-10-05 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
  4. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.