Autolisis

Dalam biologi, autolisis, yang lebih dikenali sebagai pencernaan kendiri, merujuk kepada pemusnahan sel melalui tindakan enzimnya sendiri. Ia juga boleh merujuk kepada pencernaan enzim oleh molekul lain enzim yang sama.[1]
Istilah ini berasal dari kata-kata Yunani αὐτο- ("diri") dan λύσις ("perpecahan").[2]
Mekanisme
Autolisis jarang berlaku dalam organisma dewasa yang hidup dan kebiasaanya ia berlaku pada tisu nekrotik kerana enzim akan bertindak terhadap komponen sel yang tidak berfungsi sebagai substrat. Enzim ini dirembeskan kerana proses aktif dalam sel yang menyediakan substrat dalam tisu hidup yang sihat terhenti dan tergencat. Autolisis bukanlah satu proses yang aktif, melainkan ia berlaku apabila satu komponen sel tidak dapat berfungsi dengan normal. Dalam kata lain, walaupun autolisis menyamai proses aktif pencernaan nutrien oleh sel hidup, sel-sel mati yang tidak aktif tidak berupaya untuk mencerna diri mereka sendiri seperti mana yang didakwa, dan sinonim pencernaan kendiri telah disarankan. Kegagalan sel untuk menjalankan proses respirasi dan pemfosforilan oksidaan merangsangkan gerak balas autolisis.[3]
Molekul oksigen berfungsi sebagai penerima terminal elektron dalam siri tindak balas biokimia yang dikenali sebagai pemfosforilan oksidaan, yang akhirnya bertanggungjawab untuk menjalankan sintesis adenosina trifosfat, iaitu sumber tenaga utama dalam proses sel yang tidak memberikan keuntungan secara termodinamik. Kegagalan menghantar molekul oksigen ke sel akan mengakibatkan perubahan metabolik kepada glikolisis anaerobik, yang mana molekul glukosa akan ditukarkan kepada molekul piruvat sebagai cara yang tidak efektif dalam menghasilkan adenosina trifosfat sebagai sumber tenaga.[4]
Sintesis adenosina trifosfat yang terhad mampu merencatkan banyak mekanisme pengangkutan sel yang bergantung kepada adenosina trifosfat sebagai sumber tenaga dalam proses pengangkutan ion dan molekul merentasi membran sel. Sebagai contoh, keupayaan membran yang dikendalikan oleh pam natrium-kalium. Kegagalan pam akan menyebabkan kehilangan keupayaan membran kerana ion natrium akan terkumpul di dalam sel manakala ion kalium akan hilang melalui liang ion. Kehilangan keupayaan membran menggalakkan ion kalsium begerak ke dalam sel, diikuti molekul air yang bergerak ke dalam sel akibat ditolak oleh tekanan osmosis.[5] Penyimpanan air, perubahan ion-ion dan pengasidan sel akan merosakkan struktur intrasel yang terikat dengan membran termasuk lisosom dan peroksisom.[3]
Rujukan
- ^ Calvel, Raymond (2001). The taste of bread : a translation of Le Goût du pain, comment le préserver, comment le retrouver. Gaithersburg: Aspen Publishers. m/s. 31. ISBN 0834216469.
- ^ Kevin Kavanagh (2005). Fungi: biology and applications. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 138–140. ISBN 0-470-86701-9. Dicapai pada 2010-07-25.
- ^ a b Powers, Robert (2005). Rich, Jeremy; Dean, Dorothy E; Powers, Robert H (penyunting). Forensic Medicine of the Lower Extremity. Totowa, NJ: Humana Press. m/s. 3–15. doi:10.1385/1592598978. ISBN 978-1-58829-269-8. Dicapai pada 9 December 2020.
- ^ Devlin, Thomas (2010). Textbook of Biochemistry with Clinical Correlations (ed. Seventh). Wiley. m/s. 1021–1027. ISBN 978-0-470-28173-4.
- ^ Lodish, H; Berk, A; Zipursky, SL (2000). Molecular Cell Biology (ed. Fourth). New York, NY: W. H. Freeman. m/s. 252–258. ISBN 0-7167-3136-3. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2010.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.