Autogiro

Fail:Autogyro-Avro-620.jpg
Autogiro Asal Juan de la Cierva y Codorniu


Autogiro adalah sejenis pesawat terbang yang berkebolehan terbang menggunakan kerajang udara seperti rotor helikopter tetapi tidak mempunyai dorongan kuasa .

Autogiro direka dalam tahun 1919 oleh Juan de la Cierva y Codorniu, seorang rakyat Sepanyol yang berjaya membuat penerbangan sulungnya dalam bulan Januari 1923 di lapangan terbang Cuatro Vientos, Madrid. Rekaan De la Cierva membolehkan pembinaan helikopter pertama 13 tahun kemudian.

Daya angkat autogiro dihasilkan oleh kerajang udara yang dipasangkan mendatar di atas pesawat dan berpusing akibat pergerakan udara di atas kerajang udara akibat daripada pergerakan ke hadapan autogiro itu. Autogiro juga mempunyai sayap tetap seperti mana kapal terbang biasa, badan dan susunan ekornya seperti mana kapal terbang biasa. Tujahan diperolehi daripada enjin berkipas dan kawalan diperolehi menggunakan pengemudi, elevator dan aileron. Sesetengah rekaan tidak menggunakan sayap, dan keseluruhan daya angkatan diperolehi daripada rotor.

Kawalan pic dan olengan di perolehi dengan menyengetkan rotor ke rah hadapan, ke belakang ataupun ke sisi. Kelebihan autogiro adalah kebolehannya mengurangkan kadar penurunannya apabila mengalami kerosakan enjin, dan keupayaannya berlepas dan mendarat dalam keadaan lapangan sempit. Dengan angin sakal (headwind), autogiro boleh terkatung-katung seperti helikopter. Tetapi autogiro tidak boleh menyaingi helikopter dari segi keupayaan menaik.

Kebanyakan autogiro tidak laju dan tidak efisien. Namun demikian, Ken Wallis berjaya mencapai kelajuan 120 bsj menggunakan enjin 60hp. Pesawat sayap tetap lebih laju dan menggunakan bahan api yang kurang berbanding autogiro untuk terbang bagi jarak yang sama, dan helikopter memerlukan kuasa (dan bahan api) yang lebih banyak berbanding autogiro.

Pengembangan autogiro terhenti sebelum Perang Dunia II dan tidak mengalami kemajuan yang dicapai dalam bidang perkembangan helikopter. Setelah helikopter menjadi praktikal sebagai mesin utiliti, autogiro diabaikan. Kini autogiro menjadi pesawat rekreasi awam. Pesawat Fairey Rotordyne adalah satu rekaan yang menggunakan konsep autogiro.

Pautan Luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.