Astro Premier

Astro Premier
Negara Malaysia
Kawasan penyiaran Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Kantonis
Mandarin
Tamil
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Warna
Astro Citra
Astro Rania
Astro Aura
Sejarah
Dilancarkan18 September 2023; 2 tahun yang lalu (2023-09-18)
Ditutup20 November 2024; 20 bulan yang lalu (2024-11-20)
Digantikan olehAstro Citra

Astro Premier merupakan sebuah saluran televisyen berbayar milik Astro yang memulakan siarannya pada 18 September 2023. Saluran ini memfokuskan kepada tayangan drama bersiri serta filem premium tempatan dan serantau yang mendapat penarafan tontonan yang tinggi.

Saluran ini menjadi platform utama bagi kandungan eksklusif di bawah jenama Astro Originals serta drama premium daripada penyedia kandungan OTT, Viu (Viu Originals). Selain drama bersiri, Astro Premier turut menyiarkan pelbagai koleksi filem dan telefilem terbaik untuk penontonnya.

Setelah beroperasi selama satu tahun dua bulan, Astro telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan saluran Astro Premier secara rasmi pada 20 November 2024, jam 12:00 tengah malam. Penutupan ini merupakan sebahagian daripada strategi penjenamaan semula Astro, di mana kandungan utama saluran ini telah disatukan dan dipindahkan ke saluran Astro Citra pada hari yang sama.

Sejarah Astro Originals

Jenama Astro Originals bermula pada tahun 2017 menerusi penerbitan siri mini lapan episod bertajuk DO[S]A: The Sacred Sin. Siri tersebut pada asalnya ditayangkan secara eksklusif di aplikasi Tribe—sebuah platform penstriman mudah alih kendalian Astro untuk pasaran Indonesia[1]—sebelum mula menemui penonton di Malaysia melalui Astro First pada tahun berikutnya[2]. Pada tahun 2018, Astro Originals mengembangkan sayapnya ke pasaran serantau dengan menerbitkan Demon's Path, sebuah drama bersiri genre ngeri (thriller) dari Hong Kong. Siri tersebut telah ditayangkan secara serentak menerusi saluran Astro Wah Lai Toi dan BOO.[3] Sehingga kini, kedua-dua siri perintis di bawah jenama Astro Originals ini masih boleh diakses secara penstriman melalui aplikasi Astro GO dan sooka.

Sejak pelancarannya, jenama Astro Originals terus berkembang dengan penghasilan pelbagai karya premium merangkumi pelbagai genre. Bermula tahun 2020, saluran Astro Citra menjadi platform utama yang menghimpunkan judul-judul baharu bagi memberikan pengalaman tontonan yang unik. Antara naskhah signifikan yang diterbitkan di bawah fasa ini termasuklah drama komedi seram Kampong Pisang Bersiri-siri (2020), drama sosiopolitik i-Tanggang: Mother of All Lies (2021), serta siri seram remaja Histeria the Series (2022).

Menjelang akhir tahun 2022, strategi penayangan Astro Originals telah beralih ke saluran Astro Ria. Peralihan ini menyaksikan kejayaan beberapa siri berimpak tinggi seperti One Cent Thief (2022) dan Projek: High Council (2023). Selain itu, jenama ini turut menerokai genre komedi keluarga menerusi naskhah Jack Yusof: Father in Training (2023).

Jenama Astro Originals terus memperkukuh kedudukannya dengan menerokai penghasilan siri premium dalam bahasa Mandarin. Inisiatif ini menyaksikan pelancaran karya-karya signifikan di saluran Astro Shuang Xing melalui drama Lost & Found (2022) dan The Patient (2023). Selain itu, saluran Astro AEC turut menyiarkan naskhah berlatar belakangkan budaya tempatan melalui siri Once Upon a Kopitiam (2023).

Sejajar dengan transformasi digital syarikat Astro, tahun 2022-23 turut menandakan fasa baharu dalam pengedaran kandungan apabila siri-siri Astro Originals mula ditawarkan secara penstriman buat pertama kali menerusi aplikasi sooka, selain daripada platform sedia ada seperti Astro GO.

Tahun 2022 mencatatkan pencapaian penting dengan pengenalan saluran pop-up khas Astro Originals di platform Astro dan NJOI. Kewujudan saluran sementara ini didorong oleh kejayaan luar biasa serta impak tular dua siri premium utama, iaitu One Cent Thief (2022) dan Projek: High Council (2023), yang menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton Malaysia. Selain tayangan semula episod utama, saluran pop-up tersebut turut menyajikan kandungan eksklusif tambahan bagi memberikan nilai tambah kepada peminat. Ini termasuklah paparan di sebalik tabir (behind-the-scenes), proses pembikinan produksi, serta sesi temubual eksklusif bersama barisan pelakon dan pengarah yang terlibat.

Kejayaan siri Astro Originals dalam meraih pelbagai pencalonan dan kemenangan di peringkat serantau telah memberikan nafas baharu kepada landskap penerbitan televisyen premium bermutu tinggi di Malaysia. Pengiktirafan ini secara tidak langsung meletakkan piawaian baharu dalam kualiti penceritaan dan produksi tempatan. Antara pencapaian yang signifikan adalah menerusi naskhah Liar: Two Sides, One Truth (2023), sebuah adaptasi daripada format asal United Kingdom. Pada 24 Ogos 2023, siri tersebut telah dianugerahkan pingat perak bagi kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia di acara ContentAsia Awards 2023 yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Kemenangan ini membuktikan keupayaan produksi tempatan dalam mengolah format antarabangsa mengikut acuan dan kualiti yang kompetitif di peringkat Asia.[4]

Astro Premier memulakan tayangan perdana pertamanya pada 22 September 2023, jam 9:00 malam dengan naskhah drama siri Riot!: Rebel with a Cause (2023).[5] Dalam tempoh yang sama, saluran ini turut memperluaskan kepelbagaian kandungannya melalui penayangan siri Mystic Village (2023) yang bermula pada 30 Oktober 2023.[6]

Dari segi teknikal dan kedudukan saluran, Astro Premier pada asalnya dilancarkan di saluran 410 pada 18 September 2023. Walau bagaimanapun, bermula 8 Julai 2024, kedudukan saluran tersebut telah dipindahkan ke saluran 110 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula frekuensi oleh pihak Astro.[7]

Setelah beroperasi selama 457 hari, Astro Premier secara rasminya menamatkan siarannya pada 20 November 2024 merentasi semua platform Astro dan NJOI. Susulan penutupan tersebut, Astro Citra telah diiktiraf semula sebagai platform utama bagi kandungan Astro Originals yang akan datang.[8] Transisi ini ditandai dengan tayangan serentak siri mini enam episod, Projek: Exit (2024), yang telah mula menemui penonton sejak 1 November 2024.

Intisari rancangan

Selain daripada penerbitan pengisian asli oleh Astro, saluran Astro Premier turut bertindak sebagai platform penyiar bagi pelbagai kandungan premium daripada penyedia perkhidmatan penstriman (OTT) serantau. Kerjasama strategik ini melibatkan penayangan siri eksklusif daripada platform terkemuka seperti Viu, GoPlay, dan Youku, sekali gus memperkukuh kedudukan saluran tersebut sebagai hab kandungan serantau yang pelbagai.

Sedang bersiaran

     Sorot warna ini adalah tajuk di bawah Astro Originals.

Tahun Tajuk Saluran asal
2019 Devoted Viu
2020 Kalvanai Kandupidi Astro Vinmeen
Gossip Girl Indonesia GoPlay
Pretty Little Liars Viu
2021 Projek: Anchor SPM Astro Citra
2022 Hilang Viu
Histeria the Series Astro Citra
Kudeta Astro Ria
Lost & Found Astro Shuang Xing
2023 Alter-Naratif Viu
Projek: High Council Astro Ria
Liar
Jack Yusof
Nenek Bongkok Tiga Viu
Riot! Astro Premier
Mystic Village
Gamers Mangkuk
2024 I.D.
Framed[9]
X-Change
W: Two Worlds Viu
Seribu Nina
Get Rich
From Saga With Love
Dear Jo
Bad Boys vs Crazy Girls
Projek: Exit Astro Premier
2025 One Cent Thief S2 Astro Citra
First Wives
Honey Trap
Generasi: Perfect 10

Siaran akan datang

Tajuk terbaharu[10]

Tajuk terdahulu

Rujukan

  1. ^ Astro Launches Tribe Streaming Video Service: Now Available In Indonesia, Targets Mobile Users. Lowyat.NET, 21 Mac 2016.
  2. ^ Drama DOSA (Astro). Myinfotaip, 29 Januari 2018.
  3. ^ Astro Unveils First Hong Kong Original Series. Quake, 30 Julai 2018.
  4. ^ ContentAsia Awards 2023 Winners. ContentAsia, 24 Ogos 2023.
  5. ^ Riot! Pembuka Tirai Saluran Baharu, Astro Premier! Papar Isu Gangguan Seksual & Buli Siber. Mya Amri, Astro Gempak, 22 September 2023.
  6. ^ Subki, Sofianni (9 November 2023). "'Mystic Village': Malaysia's first supernatural kampung noir TV series (VIDEO)". malaymail. Dicapai pada 15 November 2023.
  7. ^ HD Universe+ (2024-07-01), Scrolling Ticker: Astro PREMIER Ch410 New Channel Numbers After 8 July 2024, dicapai pada 2024-07-08
  8. ^ HD Universe+ (2024-11-11), Scrolling Ticker: Astro PREMIER Ch110 Will Cease on Astro After 20 November 2024, dicapai pada 2024-11-11
  9. ^ Framed. Quake, 28 November 2023.
  10. ^ Astro Premier: Brand New Home for Astro Originals series. Quake, 13 Disember 2023.

Pautan luar

Lihat juga

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.