Arena Wan
Arena Wan | |
|---|---|
وان أرينا | |
| Kelahiran | Arena Wan Mun-Yi binti Iman Wan Tuck Meng 16 Disember 1999 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2017–kini |
Karya | Filemografi |
| Anak-anak | |
| Kerabat | Wan - Wan (万/萬) - (secara lahir) |
| Ibu | Norhaida Hassan |
| Bapa | Iman Wan Tuck Meng |
| Keluarga |
|
Arena Wan Mun-Yi binti Iman Wan Tuck Meng (lahir pada 16 Disember 1999) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan peserta rancangan realiti pencarian bakat dan personaliti Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau terpilih sebagai salah seorang finalis dan bertahan hingga ke peringkat separuh akhir, sekaligus dinobatkan sebagai “Dewi Favourite” pada akhir rancangan tersebut.
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di Ampang Jaya, Selangor, pada 16 Disember 1999 & dibesarkan di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bapanya merupakan komposer & penerbit terkenal pada suatu ketika dahulu. [1] Arena mewarisi bakat seni dari bapanya dimana beliau mahir bermain pelbagai jenis alat muzik seperti piano, gitar, ukulele, dan gamelan. [2] Hal ini mendorong beliau aktif menyertai kelab muzik, kelab kebudayaan & juga kelab teater pada zaman persekolahannya.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, beliau terlibat aktif dalam pelbagai TVC [3] & berlakon sebagai watak tambahan di beberapa projek tv.
Beliau berketurunan campuran Cina (melalui bapa) & Melayu (melalui ibu). Beliau mempunyai dua orang adik; adik pertamanya yang bernama Adam merupakan seorang autisme & dikenal di media sosial melalui akaun "Adams Autism Family" yang aktif menyebarkan kesedaran berkaitan autisme kepada masyarakat. Beliau juga mempunyai seorang abang & kakak dari perkahwinan bapanya yang terdahulu.
Kerjaya
Setelah menamatkan persekolahan pada tahun 2016, Arena mula menimba pengalaman awal dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan menerusi siri TV; Oh My English Level Up (2017) yang ditayangkan di Astro TVIQ & My Mother's Story (2017) [4] yang ditayangkan di Channel 5, Mediacorp, Singapura. Selain itu, Arena juga aktif menjadi model dalam beberapa TVC[5] & beliau juga adalah personaliti media sosial yang aktif untuk kempen produk.[6]
Pada tahun 2018, Arena telah terpilih untuk menjadi salah seorang peserta rancangan realiti pencarian bakat dan personaliti Dewi Remaja 2018/2019 dimana beliau telah terpilih sebagai salah seorang finalis bersama Haneesya Hanee, Anna Jobling, Aween Ismail, Zeera Azizi dan ramai lagi.
Setelah tamat Dewi Remaja, beliau mulai dikenal melalui watak Lisa Kim di dalam siri komedi sekolah, SMK yang disiarkan di Astro Ceria.
Filemografi
Diskografi
| Tahun | Tajuk | Ciptaan | Penyanyi | Saluran |
|---|---|---|---|---|
| 2020 | Dekat Jauh (Ost SMK Raya Dekat Jauh) | Audi Mok, Shazee Ishak, Tilla Hanna | Arena Wan, Aniq Iffat, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Kashika Selvam, Idan Aedan, Wafiy | Spotify [7], Youtube [8] |
| 2023 | In My Head (Ost Journal Sarahaeyo) | Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Denise Chan Li-Hsia | MFMF., Arena Wan | Spotify [9], Youtube [10] |
| 2025 | Perfect (Epilogue Song - Generasi: Perfect 10 Ost EP) | Darien Sebastian, Elias, Naki Zainal, Arena Wan | Arena Wan | Spotify [11], YouTube Music |
Anugerah dan Pencapaian
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
1. SGMS Faida (2 Mei 2019). ^ Arena Iman nafi guna status bapa lonjak nama. Dicapai 10 Mei 2019. 2. Mustazah GP (15 April 2021).^ Biodata Arena Iman (Arena Wan) Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati. Dicapai 20 April 2021. 3. Azma ML (8 Ogos 2021)^ Arena Iman laung semangat tidak mudah mengalah. Dicapai 17 Ogos 2021. 4. Obay (26 September 2025)^ Biodata Arena Wan: Pelakon Berbakat Malaysia & Finalis Dewi Remaja. Dicapai 26 September 2025
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.