Appian
Appian (k.k. 95- k.k. 165; bahasa Greek: Αππιανος) dari Alexandria ialah seorang ahli sejarah Rom yang mencapai kemasyhuran di bawah pemerintahan-pemerintahan Trajan, Hadrian dan Antoninus Pius.
Selepas memegang jawatan-jawatan utama di wilayah Mesir, Appian kembali ke Rom pada tahun kira-kira 120 untuk menjadi peguambela dan membela kes-kes di hadapan maharaja-maharaja. Pada paling awal tahun 147, beliau dilantik sebagai peguam cara, mungkin di Mesir, selepas diperakukan oleh seorang kawannya, Marcus Cornelius Fronto. Jawatan peguam cara hanya terbuka kepada ahli-ahli kelas menunggang kuda.
Karya Appian (Ῥωμαικα, dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Sejarah Rom) yang terdiri daripada dua empat buah buku yang ditulis dalam bahasa Greek sebelum 165, merupakan sekumpulan mongraf, berbanding sebuah sejarah yang bersepadu. Karya ini memberikan pemerian terhadap pelbagai orang dan negara dari masa-masa terawal sehingga penubuhan empayar Rom, dan kekal dalam bentuk buku yang lengkap seperti cebisan yang besar. Walaupun gaya penulisannya tidak menarik, karya ini amat bernilai, khususnya bagi tempoh perang-perang saudara.
Edisi
- Editio princeps, 1551
- Schweighauser, 1785
- Bekker, 1852
- Ludwig Mendelssohn, 1878-1905, Appiani Historia Romana
Terjemahan bahasa Inggeris oleh:
- W. B., 1578 (surat hitam) - mungkin William Barker - digunakan oleh William Shakespeare
- J. D[avies], 1679
- Horace White, 1899 (Perpustakaan Klasik Bohn);
- Book i. disunting oleh James Leigh Strachan-Davidson, 1902.
Rujukan
- Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=(bantuan) - William Smith (ed) (1870), Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology (Kamus Biografi dan Mitologi Yunani dan Rom), Jilid 1, m.s. 247-248
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.