Angklung
| Angklung | |
|---|---|
Angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara | |
| Negara | Indonesia |
| Kriteria | Tradisi dan Ekspresi Lisan, Seni Persembahan, Adat resam, ritual dan perayaan, Pengetahuan dan amalan berdasarkan lingkungan dan alam semesta, dan Kemahiran dalam kraftangan tradisional |
| Rujukan | 393 |
| Kawasan | Asia-Pasifik |
| Sejarah inskripsi | |
| Inskripsi | 2010 (sesi 5th) |
| Senarai | Representative List |
Angklung Tradisional (Skala Pentatonik – Slendro: Angklung Kanekes, Angklung Dogdog Lojor, Angklung Gabrag, Angklung Badeng, Angklung Bungko, Angklung Badud, Angklung Buncis, and angklung Calung) and Angklung Moden (Skala Diatonik/Kromatik – Slendro, Pelog dan Madenda: Angklung Padaeng) | |
Angklung merupakan sejenis alat muzik Indonesia yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Pada 18 November 2010, UNESCO secara rasmi mengiktiraf angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara Indonesia.[1] UNESCO telah mengiktiraf Angklung sebagai Warisan Tidak Ketara Indonesia.
Asal-usul angklung
Muzik Angklung bermula dan berasal dari Masyarakat Sunda yang kebanyakannya mendiami Jawa Barat dan Banten. Angklung telah memainkan peranan penting dalam Budaya Sunda dan telah lama dimainkan oleh orang Sunda sejak berkurun lamanya.[2] Ia diciptamula sebagai muzik persembahan untuk tokoh rakyat yang mereka panggil dewi sri (dalam Kepercayaan Orang Sunda dahulu kala walaupun kini majoritinya beragama Islam) di Tanah Sunda. Alat muzik juga satu bentuk hiburan tradisional.

Angklung tertua yang masih hidup ialah Angklung Gubrag, dibuat pada abad ke-17 di Jasinga, Bogor. Angklung antik lain disimpan di Muzium Sri Baduga, Bandung.[3] Tradisi angklung tertua disebut angklung buhun (angklung kuno) dari Kabupaten Lebak, Banten.[4] Angklung buhun adalah sejenis angklung kuno yang dimainkan oleh orang Baduy di pedalaman wilayah Banten semasa upacara menuai seren taun.
Melihat ke zaman kontemporari, Pada tahun 1938, Daeng Soetigna (Sutigna), dari Bandung, mencipta angklung yang berasaskan tangga nada diatonik dan bukannya skala pélog atau sléndro tradisional. Sejak itu, angklung kembali popular dan digunakan untuk pendidikan dan hiburan, malah mungkin mengiringi alat muzik Barat dalam sesebuah orkestra. Salah satu persembahan pertama angklung dalam sebuah orkestra adalah pada tahun 1955 semasa Persidangan Bandung. Pada tahun 1966, Udjo Ngalagena, murid Daeng Soetigna, membuka Saung Angklung (Rumah Angklung) sebagai pusat pemeliharaan dan pengembangannya.[3]
Permainan

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.
Rujukan
- ^ ""Indonesian Angklung", Inscribed in 2010 (5.COM) on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity". UNESCO. Dicapai pada 5 January 2021.
- ^ Spiller, Henry (2004). Gamelan: The Traditional Sounds of Indonesia, Volume 1. ABC-CLIO. m/s. 140. ISBN 9781851095063.
Angklung has become a veritable symbol of Sundanese culture
- ^ a b Awi-Awi Mandiri, The Spirit of Angklung, 2018
- ^ "Website Resmi Pemerintah Provinsi Banten". bantenprov.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada Oct 2, 2011. Dicapai pada Jan 6, 2021.
Pautan luar
- Angklung Web Institute, Bandung
- Keluarga Paduan Angklung Institut Teknologi Bandung Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.