Anfield

Anfield
Panorama Anfield dari Kenny Dalglish end
LokasiAnfield
Liverpool, England
L4 0TH
Koordinat53°25′51″U 2°57′39″B / 53.43083°U 2.96083°B / 53.43083; -2.96083
Transit awamMerseyrail Kirkdale
PemilikLiverpool F.C.
Suite Eksekutif64
Kapasiti61,276[1]
Rekod kehadiran61,905 (Liverpool v Wolverhampton Wanderers, 2 February 1952)[2]
Saiz Padang101 kali 68 meter (110.5 yd × 74.4 yd)[3]
PermukaanGrassMaster[4]
Pembinaan
Dibina1884; 142 tahun yang lalu (1884)
Dibuka1884
Pengubahsuaian1895, 1903, 1906, 1928, 1957, 1963, 1973, 1982, 1992, 1994, 1998, 2014–2016, 2021–2024
Tuan rumah
Everton (1884–1892)
Liverpool (1892–Kini)

Anfield ialah sebuah stadium bola sepak di kawasan Anfield, Bandar Liverpool, England. Ia merupakan gelanggang rasmi kelab paling berjaya dalam England, Liverpool FC sejak penubuhannya pada tahun 1892. Stadium ini mempunyai kapasiti tempat duduk sbanyak 61,276 orang, menjadikannya stadium bola sepak kelima terbesar di England. [1] Ia pada asalnya merupakan rumah kepada Everton dari tahun 1884 hingga 1891 sebelum mereka berpindah ke Goodison Park selepas pertikaian dengan presiden kelab.

Stadium ini mempunyai empat tempat buah duduk (stand): Spion Kop, main stand, Sir Kenny Dalglish Stand dan Anfield Road End. Rekod kehadiran seramai 61,905 orang telah dicatatkan semasa perlawanan antara Liverpool dan Wolverhampton Wanderers pada tahun 1952. Stadium itu ditukar menjadi stadium semua tempat duduk pada tahun 1994 berikutan Laporan Taylor, yang mengurangkan kapasitinya. Dua pintu masuk stadium ini dinamakan sempena nama bekas pengurus Liverpool: Bill Shankly dan Bob Paisley . Kedua-dua pengurus telah diberi penghormatan melalui pembinaan tugu di luar stadium. Stadium ini terletak 2 batu (3 km) dari stesen keretapi Liverpool Lime Street .

Kelab itu mencadangkan berpindah stadium baharu di Stanley Park n pada tahun 2002,Namun selepas Fenway Sports Group mengambil alih Liverpool pada tahun 2010, ia membuat keputusan untuk membersarkan Anfield. Peluasan ini dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2016, meningkatkan kapasiti stadium kepada 54,074. [5] Pembangunan semula telah dibuat pada Anfield Road Stand pada tahun 2024, yang meningkatkan kapasiti stadium kepada lebih 61,000.

Sejarah

Dalam tahun 1882, Everton, terpaksa mematuhi peraturan baru liga bola sepak yang menetapkan supaya permainan perlu dilaksanakan di dalam stadium yang tertutup. Ketika itu Everton bermain menggunakan kemudahan padang terbuka di Stanley Park. Everton berjaya menyewa padang Anfield dengan harga yang murah. Perlawanan pertama diadakan di Anfield pada 28 September 1884 bila mana Everton menumpaskan Earlstown 5-0.

Dalam tahun-tahun berikutnya, John Houlding, pemilik Anfield membuat pelaburan dengan membina tempat duduk dan memperbaiki kemudahan di Anfield. Jumlah penonton menjangkau 8,000 untuk satu perlawanan. Tetapi harga sewa masih pada kadar yang lama. Pertelingkahan berlaku dengan Everton mengenai kadar sewa yang hendak dikenakan. Akhirnya Everton berpindah ke Goodison Park dan John Houlding ditinggalkan dengan stadium yang tidak berpenghuni.

Penubuhan Liverpool F.C.

Untuk mengatasi masalahnya, John Houlding menubuhkan kelab bola sepak baru dalam bulan Mei, 1892. Sejak itu, [Liverpool F.C.|Liverpool]] dan Everton menjadi musuh ketat bola sepak di Merseyside.

Pada 1 September 1892, sementara Everton mengadakan perlawanan sulungnya di Goodison Park, [Liverpool F.C.|Liverpool]] pula mengadakan perlawanan Bolasepak yang pertama di Anfield. Perlawanan persahabatan dengan Rotherham Town berkesudahan dengan kemenangan 7-1 untuk [Liverpool F.C.|Liverpool]]. Perlawanan kompetitif yang pertama diadakan beberapa hari kemudian di Anfield menyaksikan Liverpool menewaskan Higher Walton 8-1 di hadapan 200 orang penonton. Tetapi pada 10 September, lebih 3,000 orang penonton menyaksikan Liverpool menewaskan Stocton dan berada di tangga teratas Liga Lancashire.

Gelanggang Tempat Duduk Penonton

The Kop

The Kop di Stadium Anfield, Liverpool

Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina. Tempat ini diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena nama sebuah bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi tapak pertempuran semasa Perang Boer Kedua. Di medan pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur. Ramai daripada mereka yang gugur berasal dari Liverpool. The Kop dipasangkan bumbung dalam tahun 1928.

Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Sehinga yahun 1980-an, The Kop tdiak dipasangkan dengan tempat duduk. Penonton berdiri untuk menyaksikan perlawan dan menyorak pasukan mereka. Teh Kop menjadi masyur kerana penyokong fanatik tertumpu di The Kop. Diriwayat penonton di The Kop boleh menyedut masuk bola ke dalam gawang!

Kerusi hanya dipasangkan hanya selepas berlakunya Tragedi Hillsborough tahun 1989 dan penguatkuasaan peraturan baru yang mensyaratkan stadium ditukar menjadi stadium bertempat duduk seluruhnya. kerja pembinaan The Kop dengan tempat duduk diap tahun 1995. Kapasiti penonton di The Kop sekarang adalah 12,409 dengan 9 tempta untuk mereka yang kurang upaya.

Anfield Road Stand

Pada asalnya, Anfield Road Stand hanya mempunyai satu baris tempat duduk berteres yang mempunyai tempat duduk berwarna-warni. Seksyen ini telah dibina semula tahun 1998 sebagai tempat duduk dengan dengan dua bahagian, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton dengan 2,654 orang penonton di bahagian atas dan 6,391 penonton di bahagian bawah bersama-sama 29 tempat untuk mereka yang kurang upaya. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.

Bahagian Utama Main Stand

Dibina dalam tahun 1895, Main Stand adalah tempat duduk utama di Anfield dan dibina untuk menampung 3,000 orang penonton. Kos pembinaan ketika itu adalah £1,000. Struktur ini dibuat menggunakan kayu. Walaupun bahagian ini dipanggil Main Stand, namun The Kop menjadi tumpuan penyokong-penyokong yang fanatik. main Stand adalah bahagian pertama dinaik taraf di Stadium Anfield. Dalam tahun 1973, Bahagian ini telah dibangunkan semula dan dibesarkan. [1]

Bumbung baru dipasang, dan apabila siap telah dirasmikan oleh Duke of Kent. Main Stand boleh menampung sejumlah 12,277 orang penonton, terdiri dari 9,597 orang penonton di gelanggang duduk utama, 2,409 orang di bahagian Paddock, 177 di bilik Pengarah, 54 orang di bilik Akhbar dan ruang untuk 40 orang kurang upaya.

Centenary Stand

Sebenarnya tempat duduk pertama dibina di Anfield telah dibina di bahagian ini. Tempat duduk ini dibina denga harga £64 oleh kontraktor bernama George Rutherford.

Pada asalnya, bahagian tempat duduk ini dipanggil Kemlyn Road Stand. Tingkat kedua ditambah di bahagian ini, dan dalam tahun 1992 diberikan nama Centenary Satnd sempena ulangtahun ke-100 penubuhan Liverpool. Kapisiti penonton berjumlah 11,762 orang, terdiri dari 4,600 orang di bahagian atas dan 6,814 orang di bahagian bawah serta 348 orang lagi di dalam bilik-bilik eksekutif.

Kapasiti Keseluruhan

Kapasiti penonton Anfield keseluruhan ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA dan boleh mengelolakan perlawanan akhir Piala UEFA.

Memorial

Memorial Hillsborough

Stadium Anfield mempunyai sebuah memorial yang dibina untuk meperingati 96 orang penyokong Liverpool yang maut semasa Tragedi Hillsborough semasa menyaksikan perlawanan Piala F.A. Memorial ini menyenaraikan nama dan umur mereka yang terkorban.

Memorial Bill Shankly dan Bob Paisley

Shankly gates di Stadium Anfield, Liverpool

Terdapat juga sebuah patung bagi memperingati Bill Shankly yang tersohor sebagai lagenda di Liverpool. Beliau bertanggungjawab memulakan dinasti Liverpool dan menjadikan Liverpool antara kelab paling hebat di England. Anfield juga mempunyai dua pagar masuk iaitu Shankly Gates and Paisley Gates, bagi mengenag jasa Bill Shankly dan penggantinya Bob Paisley.

Flagpole Corner

Dalam tahun 1928, sebatang tiang berdera didirikan di penjuru gelanggang kop dan Kemlyn Road. tempat ini kini dikenali sebagai flagpole corner. Tiang bendera ini dibina menggunakan tiang kapal MV Great Eastern. Kapal itu mula digunakan dalam tahun 1860 tetapi dibiarkan tersadai di Sungai Mersey di Rock Ferry.

This Is Anfield

Anfield mempunyai reputasi sebagai sebuah kubu dan dikenali sebagai 'Fortress Anfield'. Semasa Bill Shankly menjadi pengurus, beliau ingin mewujudkan satu kegerunan kepada pasukan lawan. Beliau mengarahkan satu papan tanda "This Is Anfield" dipasangkan di laluan yangperlu digunakan oleh pemain untuk amsuk ke padang untuk tujuan mengusarkan pihak lawan. Pemain-pemain Liverpool akan menyentuh tanda "This Is Anfield" ini sebagai tanda nasib baik.

Trivia

  • Lampu limpah dipasang dalam tahun 1957 pada harga £15,000. Lampu Limpah pertama kali digunakan dalam perlawanan persahabatan merebut Floodlight Challenge Trophy pada 30 Oktober 1957 menentang Everton. [2] Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine Billy Liddell menjaring 2 gol dan Liverpool menang 3-2
  • kehadiran paling ramai menonton perlawanan liga adalah 68,757 semasa Liverpool menentang Chelsea dalam musim 1949/50 [3]
  • Seramai 61,905 orang penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan Piala F.A pusaing ke-4 di antara Liverpool dan Wolverhampton Wanderers (Wolves) pada 2 February, 1952. [4] Diarkibkan 2006-07-13 di Wayback Machine
  • Kutipan paling banyak adalah £496,000 semasa Liverpool melawan Newcastle dalam musim 1995-96.
  • Kehadiran Purata Penonton (Liga Perdana)
    • 1999-00: 44,074
    • 2000-01: 43,698
    • 2001-02: 43,389
    • 2002-03: 43,243
    • 2003-04: 42,706
    • 2004-05: 42,587
    • 2005-06: 44,236
  • Liverpool tidak tewas di Anfield selama 85 perlawanan iaitu di antara Januari 1978 hingga Jnauri 1981. Dalam 85 perlawanan tersebut, Liverpool menjaring 212 gol dan hanya melepaskan 35 gol. [5] Diarkibkan 2008-04-16 di Wayback Machine
  • Liverpool tidak kalah dalam perlawanan Liga di Anfield dalam musim-musim 1893/94, 1970/71, 1976/77, 1978/79, 1979/80 and 1987/88. Liverpool menang semua perlawanan di Anfield dalam musim 1893/94.

Pautan Luar

Rujukan

Panorama Anfield, 20.12.2012, Point of View: Anfield Road Stand; left: Centenary Stand, middle: Kop Stand; right: Main Stand
  1. ^ a b "New Anfield capacity confirmed ahead of 2024–25". Liverpool F.C. 9 August 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2024. Dicapai pada 10 August 2024.
  2. ^ "Attendances". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2010. Dicapai pada 31 Januari 2010.
  3. ^ "Anfield Stadium". This Is Anfield. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2019. Dicapai pada 23 August 2023.
  4. ^ Tarkett Sports (11 July 2017). "Tarkett Sports: Liverpool FC Opt Again for 'Hybrid' GrassMaster Pitch at Anfield". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2023. Dicapai pada 7 September 2017.
  5. ^ "Premier League Handbook 2022/23" (PDF). 19 July 2022. m/s. 26. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 5 August 2022. Dicapai pada 11 April 2023.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.