Amnesia
Amnesia (dari Bahasa Yunani Ἀμνησία) ialah keadaan terganggunya daya ingatan. Faktor amnesia boleh berupa organik atau fungsi. Punca organik boleh berupa kerosakan otak, akibat trauma atau penyakit, atau kegunaan ubat-ubatan (biasanya yang bersifat sedatif) dan yang paling teruk boleh juga disebabkan oleh pembedahan pemindahan sum-sum tulang belakang. Faktor fungsi ialah faktor psikologi, seperti mekanisme pertahanan ego. Amnesia dapat juga berlaku secara spontan, seperti berlaku pada amnesia global sementara.[1] Jenis amnesia global ini umum berlaku bermula usia pertengahan hingga usia tua, terutamanya pada lelaki, dan biasanya berlangsung kurang daripada 24 jam.
Kesan lain bagi amnesia ialah ketidakmampuan membayangkan masa hadapan dan akan menyebabkan pesakit akan sentiasa terbayang peristiwa yang telah berlaku dan lupa jika bertemu kembali dengan sesuatu yang terlupa tersebut. Kajian terakhir yang diterbitkan dalam rangkaian Proceedings of the National Academy of Sciences (Prosiding Akademi Kebangsaan Sains) menunjukkan bahawa amnesia dengan kerosakan pada hipokampus tidak dapat membayangkan masa hadapan.[2] Hal ini berlaku kerana apabila seorang yang normal membayangkan masa hadapan, mereka menggunakan pengalaman masa lalu untuk membina senario yang mungkin dihadapi. Sebagai contoh, seseorang yang cuba membayangkan apa yang akan berlaku dalam pesta yang hendak didatanginya akan menggunakan pengalaman pesta sebelumnya untuk membantu mengkonstruksi kejadian pada masa hadapan.
Jenis amnesia
- Amnesia anterograd: kejadian baru dalam ingatan jangka pendek tidak dipindahkan ke ingatan jangka panjang yang kekal. Penderitanya tidak akan boleh mengingat apapun yang berlaku selepas munculnya amnesia ini walaupun baru berlalu sesaat. Tidak dapat disembuhkan dengan terapi (lupa kekal).
- Amnesia retrogred: ketidakmampuan memunculkan kembali ingatan masa lalu yang lebih dari peristiwa lupa biasa. Dapat disembuhkan dengan terapi.
Kedua-dua kategori amnesia tersebut dapat muncul serentak pada pesakit yang sama. Contohnya seperti pada penunggang basikal motor yang tidak mengingat pergi ke mana sebelum pertembungan (amnesia retrogred), juga melupakan tentang kejadian di hospital dua hari setelahnya (amnesia anterograd).
Selain itu juga terdapat jenis amnesia lain yang cukup teruk:
- Amnesia separa: ketidakmampuan mengingat beberapa orang dalam jangka masa 3 tahun malah selamanya, kejadian ini biasanya disebabkan oleh seseorang tersebut mengalami pembedahan pemindahan sum-sum tulang belakang. Kejadian ini cukup jarang berlaku kerana tidak banyak orang yang mahu untuk melakukan pemindahan sum-sum tulang belakang untuk rawatan penyakit Thalassemia Major.
Rujukan
- ^ http://www.emedicine.com/neuro/topic380.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-26. Dicapai pada 2016-03-10.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.