Alergi
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
| Alergi | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
| ICD-10 | T78.4 |
| ICD-9 | 995.3 |
| P. Data Penyakit | 33481 |
| MedlinePlus | 000812 |
| eMedicine | med/1101 |
| MeSH | D006967 |
Alergi ialah reaksi badan terhadap pendedahan kepada benda asing yang tertentu. Reaksi alergi ini hanya berlaku setelah sistem imuniti badan mengalami pensensitifan akibat pendedahan pertama benda asing itu. Pensensitifan sistem imuniti badan ini dikenali sebagai kehipersensitifan.
Jenis-jenis kehipersensitifan
Kehipersensitifan terbahagi kepada 4 jenis berdasarkan pembentukannya, dan kesannya kepada badan:
Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik
Kehipersensitifan jenis I bertindak hanya pada saluran darah dan, sel otot lembut pada badan manusia. Pembentukannya berlaku dalam tempoh yang cepat berbanding kehipersensitifan lain, iaitu lazimnya kurang daripada sejam selepas terdedah kepada agen alergi tersebut. Tindakan berlaku apabila, mediator primari dibebaskan oleh sel mast dan basofil yang telah disensitifkan oleh immunoglobulin E. Mediator primari ini yang bersifat vasoaktif dan spasmogenik, akan mengakibatkan saluran darah dalam badan mengalami pengembangan, dan sel otot lembut bronkus mengecut lalu mengakibatkan bronkospasma. Jikalau serangan alergi ini tidak terkawal, ia akan menyebabkan kejutan anafilaktik dimana seseorang itu mengalami risiko untuk mati akibat hipoksia. Contoh reaksi alergi ini ialah, sengatan lebah.
Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik
Kehipersensitifan jenis II bertindak apabila sel atau tisu seseorang itu diserang oleh antibodinya melalui lisis atau fagositosis. Ia berlaku apabila, sesuatu agen alergi bercantum pada sel badan, lalu dikenalpasti oleh antibodi immunoglobulin M atau G. Antibodi tersebut lalu bercantum pada kompleks sel badan dan agen alergi itu, dan mengakibatkan kompleks itu terdedah kepada fagositosis. Contoh reaksi alergi ini ialah, transfusi darah asing.
Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti
Kehipersensitifan jenis III bertindak apabila kompleks imuniti terbentuk daripada percantuman agen alergi dan antibodi. Hasil daripada percantuman ini, kompleks imuniti yang banyak terbentuk lazimnya dalam keadaan suntikan bahan asing ke dalam badan, akan mengakibatkan kompleks tersebut banyak terendap dalam saluran darah lalu merosakkannya. Conth reaksi alergi ini ialah suntikan serum asing.
Kehipersensitifan jenis IV atau jenis kawalan sel
Kehipersensitifan jenis IV bertindak apabila sel limfosit T CD4 mengenal pasti kehadiran agen alergi, lalu mengakibatkan serangan pada agen itu dengan pembentukan komplemen. Contoh reaksi alergi ini ialah, suntikan Tuberkulin untuk menguji jangkitan tuberkulosis dalam badan.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.