Akar

Suatu sistem akar suatu pokok yang tercabut dari tanah

Akar antara organ yang paling penting dalam tumbuhan memaut dan menopangkan pangkal batang pada tempatnya sambil mendapatkan air atau galian memudahkan tumbesaran ia.[1][2] Jika diperhatikan dengan teliti, akar berbeza daripada satu jenis tumbuhan kepada jenis tumbuhan yang lain sama ada dari fungsi dan sistem akar berkenaan.

Bagi pokok vaskular, akar adalah organ tumbuhan yang pada kebiasaannya terletak di bawah permukaan tanah (berbanding dengan batang pokok). Bagaimanapun, terdapat juga akar yang tumbuh atas permukaan tanah mahupun air (aerial atau aerating). Pada masa yang sama, batang pokok yang biasa terdapat di bawah tanah juga merupakan perkara yang biasa (lihat rizom). Jadi, adalah lebih baik untuk mengistilahkan akar sebagai bahagian pokok yang tiada daun, dengan itu juga ketiadaan bintil (node). Dua fungsi utama akar adalah

1) menyerap air dan galian bukan organik

2) menambat pokok pada tanah.

Anatomi

Morfologi akar dibahagikan kepada beberapa zon utama:[3]

  • Tudung akar: membantu akar-akar baru menembusi tanah, terkelupas saat akar masuk lebih dalam menciptakan permukaan berlendir yang menyediakan pelumas
  • Meristem apikal: terletak di belakang penutup akar, menghasilkan sel akar baru yang memanjang.
  • rambut akar: menyerap air dan nutrisi mineral dari tanah.[4]

Akar pertama pada tanaman penghasil biji disebut radicle, yang mengembang dari embrio tanaman setelah biji bercambah.

Akar tumbuhan bertindak balas terhadap tahap ketepuan nutrien dalaman sediada melalui sintesis sitokinin yang bertindak sebagai isyarat kimia mempercepatkan pertumbuhan tunas. Akar sering berfungsi sebagai penyimpanan makanan dan nutrisi. Akar dari sebahagian besar spesies tumbuhan vaskular bersimbiosis dengan kulat tertentu membentuk mikroriza. Sejumlah besar organisme lain termasuk bakteria juga seringkali hidup di akar.[5]

Jenis

Rajah menunjukkan akar serabut (A) dengan banyak akar sama besar berbanding akar tunjang (B) yang menumbuhkan suatu akar utama yang besar.

Terdapat beberapa jenis akar yang dibezakan dari bentuk diperhatikan:

  • akar tunjang
  • akar serabut
  • akar sulur: akar yang menghasilkan sulur merayap dalam tanah menghasilkan tunas baru menjadi pucuk suatu anak pokok baharu
  • akar umbi: akar yang membengkak berisi ranum mengandungi kanji tenaga
  • akar udara: mendapatkan bekalan air tumbuhan daripada udara dan kerpasan lembap sekeliling seperti kabus atau embun.[6]
  • akar rendang/akar kanopi: dihasilkan menghubungkan dengan tumbuhan-tumbuhan epifit dan detritus yang menakung air dan galian terkumpul boleh dimanfaatkan pokok perumah.[7]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Harley Macdonald & Donovan Stevens (3 September 2019). Biotechnology and Plant Biology. EDTECH. m/s. 141–. ISBN 978-1-83947-180-3.
  2. ^ "Plant parts - Roots". The Great Plant Escape. University of Illinois Extension.
  3. ^ Yaacov Okon (24 November 1993). Azospirillum/Plant Associations. CRC Press. m/s. 77–. ISBN 978-0-8493-4925-6.
  4. ^ "Backyard Gardener: Understanding Plant Roots". University of Arizona Cooperative Extension.
  5. ^ Sheldrake, Merlin (2020). Entangled Life. Bodley Head. m/s. 148. ISBN 978-1847925206.
  6. ^ Nowak EJ, Martin CE (1997). "Physiological and anatomical responses to water deficits in the CAM epiphyte Tillandsia ionantha (Bromeliaceae)". International Journal of Plant Sciences. 158 (6): 818–826. doi:10.1086/297495. hdl:1808/9858. JSTOR 2475361. S2CID 85888916.
  7. ^ Nadkarni NM (November 1981). "Canopy roots: convergent evolution in rainforest nutrient cycles". Science. 214 (4524): 1023–4. Bibcode:1981Sci...214.1023N. doi:10.1126/science.214.4524.1023. PMID 17808667. S2CID 778003.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.