Ahlam
Ahlam أحلم | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Ahlam (en) |
| Kelahiran | 13 Februari 1968 |
| Warganegara | Emiriah Arab Bersatu |
| Genre | Muzik Arab |
| Pekerjaan | Pelakon dan penyanyi |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 1995 - kini |
| Syarikat rakaman | Rotana Music Group Alam El Phan |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Mubarak Al-Hajiri |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | ahlam-alshamsi.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Ahlam (lahir di Abu Dhabi, Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu), 13 Februari 1968; umur 58 tahun) merupakan seorang penyanyi popular di Bahrain. Beliau telah mendapat kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu pada 1996.
Beliau berjaya menghasilkan 9 buah album dan amat popular di dunia Arab khususnya di rantau Teluk.
Kehidupan Awal
Ahlam Ali Shamsi dilahirkan pada 13 Februari 1968 di Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu).
Beliau mula menyanyi pada peringkat awal umurnya iaitu ketika di zaman kanak-kanak lagi. Beliau selalu membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan keraian di sekitar negara Teluk. Ketika inilah bakatnya telah diperhatikan oleh seorang komposer Kuwait bernama Anwar Abdullah
Karier Sebagai Penyanyi
Kemudian beliau telah menandatangani sebuah kontrak dengan Funoon Al Emarat, sebuah syarikat rakaman di rantau Teluk. Anwar Abdullah telah membantu beliau dalam menerbitkan albumnya yang pertama berjudul Ahlam (Mimpi-mimpi).
Beliau sekarang di bawah naungan syarikat rakaman Rotana.
Beliau telah dinobatkan oleh Muhammad Abdo, seorang penyanyi popular Arab Saudi sebagai seorang yang mempunyai suara Khaliji (rantau Teluk) yang 100% tulin.
Ahlam merupakan antara artis yang terkaya di dunia Arab dan merupakan antara artis yang mendapat bayaran tinggi daripada Rotana.
Kehidupan Peribadi
Ahlam telah berkahwin dengan seorang juara lumba kereta rally yang berasal dari Qatar, Mubarak Al Hajiri dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahid.
Pautan Luar
- http://www.ahlamvoice.ws - laman web rasmi Ahlam.
- http://www.ahlamworld.net
- Ahlam di Instagram
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
