Adele Lim

Adele Lim
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis skrip, penerbit
Terkenal keranaCrazy Rich Asians

Adele Lim ialah seorang penerbit dan penulis skrip filem dan televisyen Amerika Syarikat kelahiran Malaysia, yang terkenal dengan filem 2018 Crazy Rich Asians. Beliau juga memberikan sokongannya kepada para penulis muda sebagai mentor dan jurubicara untuk Coalition of Asian Pacifics in Entertainment (CAPE).[1]

Kehidupan awal

Lim dilahirkan di Malaysia[2] dan berketurunan Cina Malaysia.[3] Beliau menghadiri Sekolah Perempuan Sri Aman. Beliau memulakan kerjaya penulisan untuk bahagian gaya hidup di sebuah akhbar harian.[4] Beliau tamat belajar di Kolej Emerson, Boston, Massachusetts dengan ijazah dalam TV/Filem pada 1996.[5]

Kerjaya

Adele memulakan kerjayanya di Hollywood menerusi Xena: Warrior Princess,[3] mendapat kerja meskipun borangnya (seperti yang diperjelaskannya) "tidak wujud".[6] Beliau terkenal dengan penulisannya di siri TV seperti One Tree Hill, Life Unexpected, Reign, Star-Crossed, Private Practice dan Lethal Weapon.

Pada tahun 2018, Adele ialah penulis skrip bersama untuk filem 2018 Crazy Rich Asians.[7][3] Beliau dilaporkan telah menarik diri daripada menulis kesinambungannya, berikutan laporan bahawa beliau telah menerimanya lebih kurang daripada penulis bersamanya, Peter Chiarelli.[8][9]

Susulan dengan Crazy Rich Asians, Adele telah dilamar oleh Disney untuk membangunkan filem cereka animasi Raya and the Last Dragon.[10]

Rujukan

  1. ^ Ramos, Dino-Ray (19 Mar 2019). "CAPE Teams With Adele Lim, Daniel Chun, Walter Hamada And Others For Annual New Writers Fellowship". Deadline.com. Dicapai pada 17 Aug 2019.
  2. ^ "Adele Lim". IMDb. Dicapai pada August 29, 2018.
  3. ^ a b c Tangcay, Jazz (August 21, 2018). "Adele Lim "Representation Matters" Says the Malaysian Co-Writer of Crazy Rich Asians". awardsdaily.com. Dicapai pada 2018-08-29.
  4. ^ Wong, June H.L. (17 May 2017). "Rooting for this CRA-zy movie". the Star Online. Dicapai pada 12 Aug 2019.
  5. ^ Begum, Mumtaj (12 Dec 2012). "It's in the script". The Star. Dicapai pada 8 Oct 2019.
  6. ^ S. Indramalar, Ann (8 Feb 2013). "TV dramas are nothing without writers". The Star/Asia News Network. Dicapai pada 8 Oct 2019.
  7. ^ Yamato, Jen (August 10, 2018). "'Crazy Rich Asians': Adele Lim brought experience, authenticity to the script". Los Angeles Times. Dicapai pada 2018-08-21.
  8. ^ Sherman, Maria. "Crazy Rich Asians Co-Writer Left Sequel After Learning White Male Colleague Earned Around 10 Times Her Salary". The Muse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-04.
  9. ^ "'Crazy Rich Asians' Co-Writer Exits Sequel Amid Pay Disparity Dispute (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-04.
  10. ^ Chan, Kenneth (12 Oct 2018). "Malaysia-born screenwriter Adele Lim working on Disney film". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-17. Dicapai pada 17 Aug 2019.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.