Adam Sinclair
Adam Sinclair | |
|---|---|
| Kelahiran | Adam Youssof Mohamed Sinclair 11 Ogos 1983 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Panico Film School, London |
| Pekerjaan | Pengarah filem |
| Pasangan | Yuna (k. 2018) |
| Ibu bapa | Mohamed Anthony John Sinclair (bapa) Khadijah Abdul Rahman (ibu) |
| Saudara | Ashraf Sinclair (abang) Aishah Sinclair (kakak) Bunga Citra Lestari (kakak ipar) |
Adam Youssof Mohamed Sinclair (lahir 11 Ogos 1983) ialah seorang pengarah filem dan muzik video Malaysia dan adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair. Beliau pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia ke-25 bagi kategori Filem Pendek Terbaik menerusi filem pendek Sanzaru pada 2012.[1]
Kerjaya
Adam Sinclair merupakan lulusan di Panico Film School, London pada 2006. Beliau telah bekerja dalam pelbagai projek pembikinan filem termasuk iklan, video korporat, muzik video, TV dan filem.
Pada tahun 2012, filem pendek beliau, Sanzaru telah memenangi Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25. Beliau juga telah memenangi Adsfest Advertising Awards di Pattaya, Thailand bagi hasil kerjanya dalam iklan New Straits Times, bertajuk ‘Caught In The Fire’ dan ‘Cloud of Confusion’.
Sebagai pengarah muzik video, Adam telah mengarahkan muzik video lagu nyanyian isterinya, Yuna termasuk "Forevermore" dan "Blank Marquee".
Kehidupan peribadi
Pada 5 Ogos 2017, Adam melangsungkan pertunangannya dengan penyanyi Yunalis Zarai (Yuna), di kediaman keluarga Yuna di Shah Alam, Selangor selepas empat tahun berkenalan.[2] Majlis pertunangan pasangan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib, upacara merisik diadakan pada 27 Mac 2017.[2][3] Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari 2018.[4][5]
Filemografi
Filem pendek
- Sanzaru (2012) - pengarah
Muzik video
- "Wanita Terbahagia" - Bunga Citra Lestari - pengarah
- "Pulang" - Yuna dan SonaOne - pengarah
- "Forevermore" - Yuna - pengarah
- "Blank Marquee" - Yuna dan G-Eazy - pengarah
- "Pink Youth" - Yuna dan Little Simz - konsep dan cerita
- "(Not) The Love of My Life" - Yuna - penyunting offline
- "Castaway" - Yuna dan Tyler, the Creator - pengarah
Rujukan
- ^ Kenali Adam Sinclair, ‘crush’ Yuna Zarai Glam Lelaki. Dicapai pada 26 Ogos 2017.
- ^ a b "Yuna, Adam Sinclair selamat bertunang". Sinar Harian. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Ogos 2017.
- ^ "Yuna gonna believe it! Yuna, Adam Sinclair officially engaged". NST Online. 2017-08-05. Dicapai pada 2017-08-07.
- ^ "Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang". Astro Awani. 26 Januari 2018. Dicapai pada 3 Februari 2018.
- ^ Gordon Kho (26 Januari 2018). "Singer Yuna marries fiance Adam Sinclair in a small ceremony in Pahang". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-26. Dicapai pada 3 Februari 2018.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.