Acis


Acis

Kelahiran
Hashridz Murshim bin Hassim

(1970-10-19) 19 Oktober 1970 (umur 55)
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainAcis, Acis Gersang
PekerjaanPemuzik, Pengarah Muzik
Tahun aktif1988-kini
PasanganDato' Sheila Majid (k. 2003)
Anak-anakKhadeja Zaireen Murshim (anak)
Khalefa Laila Murshim (anak)
Megat Abdul Majid Aziz (anak tiri)
Wan Nur Khaleda (anak tiri)
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada
Alat muzikKeyboard
Syarikat rakamanRahim Othman Production (ROP)
PMC/BMG
Kegiatan berkaitanKumpulan Gersang
Laman web rasmiHashridz

Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim atau lebih dikenali sebagai Dato' Acis dilahirkan pada (1970-10-19) 19 Oktober 1970 (umur 55) di Kuala Lumpur.[1] Beliau mula dikenali ramai setelah menyertai kumpulan rock dari Johor iaitu Gersang pada tahun 1988 sebagai pemain keyboard. Selain itu, beliau merupakan suami kepada ratu jazz Malaysia iaitu Dato' Sheila Majid.[2]

Kerjaya

Pada tahun 1988, Acis yang ketika itu berusia 18 tahun & sedang menunggu keputusan SPM telah berkenalan dengan vokalis Kumpulan Gersang, Man Bai ketika bermain bola sepak di kawasan perumahan tempat mereka tinggal. Gersang ketika itu sudahpun tertubuh dengan keanggotaan seramai 4 orang dengan 3 daripadanya (Man Bai, Kid & Man Greng) berasal dari Johor manakala seorang lagi anggota (Jojet) merupakan anak jati Ampang, Kuala Lumpur.

Setelah album pertama yang berjudul Gersang dipasarkan, ahli kumpulan Gersang telah bercadang untuk mencari pemain papan nada (keyboard) memandangkan lagu-lagu yang dihasilkan banyak memerlukan penggunaan instrumen tersebut sejak dari album pertama lagi. Setelah diserap masuk ke dalam kumpulan Gersang oleh Man Bai, beliau telah memulakan kariernya bersama kumpulan tersebut dengan album yang berjudul Takdir, juga dikeluarkan pada tahun yang sama.

Setelah Gersang dibubarkan pada tahun 1990, beliau telah melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) Shah Alam dalam bidang muzik dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat. Sebaik sahaja pulang ke tanah air, beliau banyak bergiat sebagai pemuzik dan seringkali mengiringi nama-nama besar dalam industri muzik. Kini, beliau bertugas sebagai pengarah muzik dalam mana-mana konsert dan program realiti anjuran Astro.

Keluarga

Acis telah mendirikan rumahtangga dengan ratu jazz Malaysia, Dato' Sheila Majid di depan Imam Masjid Damansara, Wahid Amini, pada 3 Jun 2003 pada pukul 11.47 pagi, selepas dua tahun menjalin hubungan cinta. Sheila menerima mas kahwin RM 80, wang hantaran RM 20,000 tunai, dua bentuk cincin masing-masing bernilai RM 1,000 dan RM 5,000 serta kalung berharga RM 1,000.

Beliau dan Sheila kini bahagia bersama dua orang cahaya mata mereka iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim serta Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid Aziz yang merupakan anak Sheila hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Anugerah

Beliau telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada 2015 lalu.[3]

Rujukan

  1. ^ All the world's a stage
  2. ^ "Sheila, Acis - Kami sudah dijodohkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 2018-08-27.
  3. ^ "Datuk Acis, Sheila bangga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-22. Dicapai pada 2018-10-22.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.