AS-90
| AS-90 | |
|---|---|
Meriam SP AS-90 155 mm di Basra | |
| Jenis | Artileri gerak sendiri |
| Tempat asal | |
| Spesifikasi | |
| Berat | 45 tan (100,800 lbs) |
| Panjang | 9.07 m (29.75 kaki) |
| Lebar | 3.5 m (11.48 kaki) |
| Tinggi | 2.49 m (8.16 kaki) |
| Krew | 5 (Komander, pemandu, 3 orang krew meriam) |
| Perisai | Keluli maks. 17 mm (.66 in) |
Senjata pertama | Meriam 155 mm L31 39 48 rounds |
Senjata kedua | 7.62 mm NATO MGKA L7 |
| Enjin | Enjin diesel Cummins VTA903T V8 660 hp (492.16 kW) |
| Kuasa/berat | 14.66 hp/tan |
| Sistem ampaian | hidropneumatik (Hidrogas) |
Jarak operasi | 420km (261 batu) di atas jalan |
| Kelajuan | 53 km/j (33 bsj) |
AS-90 (singkatan bagi Artillery System for the 1990s atau "Sistem Artileri untuk 1990-an") adalah sebuah artileri gerak sendiri berperisai ringan yang kini sedang digunakan oleh Tentera Darat Britain. Unit pertama telah diserahkan pada tahun 1993.[1]
AS90 digunakan oleh lima rejimen dari Artileri Kuda Diraja dan Artileri Diraja bagi mengantikan penggunaan meriam gerak sendiri berkaliber 105 mm FV433 Abbot SPG, M109 155 mm atau meriam tunda FH-70 155 mm.
AS 90 telah direka dan dibina oleh divisyen persenjataan dari Vickers Shipbuilding and Engineering (VSEL, dimiliki oleh BAE Systems sejak 1999), yang telah membekalkan 179 buah kenderaan bermula pada tahun 1992-1995 pada harga £300 juta.
Pada tahun 2002, BAE Systems telah diberi kontrak bagi meningkat upaya 96 pucuk AS-90 milik Tentera Darat Britain kepada laras berkaliber 52 mm bagi meningkatkan jarak tanpa bantuan kepada 30 km dan menggunakan peluru jarak jauh ERA kepada 60 ke 80 km.[2] Walau bagaimanapun, oleh kerana ketidakmampuan sistem cas bi-modular yang dibekalkan oleh firma Somchem dari Afrika Selatan memenuhi keperluan menyebabkan program ini kemudian dibatalkan.[3]
Lihat juga
- PzH 2000 - Panzerhaubitze 2000, artileri 155mm buatan firma Rheinmetall, Jerman telah digunakan sejak 1998.
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.